PEMBERIAN daripada anak pastinya menjadi kenangan manis buat ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila hadiah itu dibeli menggunakan wang hasil titik peluh mereka sendiri.Namun, hadiah berupa barang kemas yang diberikan seorang wanita kepada ibunya didakwa mengundang rasa tidak puas hati bapanya sendiri. Kisahnya bermula apabila dia membeli barang kemas itu secara senyap tanpa pengetahuan bapanya walaupun lelaki berkenaan pernah bertanya mengenai hadiah yang ingin diberikan."Aku beli emas itu tanpa pengetahuan ayah. Dia ada la bertanya, aku nak beli hadiah apa. Aku cakap adalah, nanti ayah akan tahu. Seorang anak pastinya sedih apabila bapa sendiri tidak gembira dengan pencapaiannya. -Gambar hiasan AI"Kemudian ayah dan adik-adik aku beli hadiah kasut dan pakaian untuk mak aku. Aku teringin nak hadiahkan mak emas walaupun 'halus', harga bajet je."Waktu itu aku buat bisnes kecil-kecilan jadi aku main kutu untuk beli emas itu sebab belum mampu," ceritanya dalam hantaran di media sosial.Wanita itu kemudian menyimpan hadiah berkenaan dalam bekas makanan sebelum memberikannya kepada ibu ketika sesi membuka hadiah.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pura-pura dungu demi elak buat kerja rumah, sengaja beli daging busuk! - “Mak aku ‘enabler’ kebodohan ayah”ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup mama hancur sebab dia!” - Dendam dan benci kembali meledak, anak serba salah terima hajat akhir bapa sedang nazakIbunya kelihatan sangat gembira menerima pemberian itu kerana sudah lama tidak memakai barang kemas, namun bapanya pula menunjukkan rasa tidak puas hati selepas melihat hadiah berkenaan."Mak gembira sangat masa sebab sudah lama dia tak pakai barang kemas. Sebelum ini terpaksa bergadai sebab nak tolong ayah."Aku nampak air muka ayah berubah macam tak puas hati.Anak hadiahkan emas kepada ibu menggunakan duit sendiri.Bapa tidak puas hati melihat ibu menerima emas.Wanita sertai kutu demi membeli barang kemas untuk ibu.Bapa minta hadiah emas ditukar dengan kasut.Terkilan apabila niat bahagiakan ibu dipersoalkan bapa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bila mak beredar, ayah cakap kenapa kau bagi emas? Patutnya kau cakap dekat aku, kita tukar hadiah. Biar aku yang bagi emas, kau bagi kasut aku beli tu. Buat malu aku je," katanya seperti diceritakan wanita berkenaan. Walaupun sudah menjelaskan situasi sebenar, bapanya tetap tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakannya membeli barang kemas berkenaan. "Salah ke aku nak bahagiakan mak aku? Kenapa nak jadi joykiller? Tak boleh ke sama-sama gembira bila anak senang hati dapat bagi sesuatu pada mak hasil titik peluh sendiri."Bapa jenis dengki dengan anak sendiri pun wujud," luahnya dalam hantaran di Threads dibuat.