suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditegur jamah kuih sementara tunggu jenazah dimandikan, dianggap tak hormat si mati - “Ini kitab mana pula?”

Segelintir orang tua melarang ahli keluarga si mati untuk makan di dalam rumah yang masih ada jenazah. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pasti akan dirundung kesedihan apabila kehilangan ahli keluarga, di samping sibuk menguruskan pengebumian jenazah sehingga makan minum terabai disebabkan kepenatan.

Begitulah situasi dialami wanita ini yang tidak berpeluang menjamah sebarang makanan ketika menguruskan kematian bapa mentuanya.

Dia yang sudah seharian mengikat perut kemudiannya terkejut apabila tindakan memakan sebiji kuih sementara menunggu jenazah dimandikan, mengundang teguran seorang wanita lebih berusia.

"Bapa mentua meninggal. Sementara tunggu jenazah mandi, aku makanlah kuih sebiji dua dekat ruang tengah rumah sebab seharian tak makan apa-apa.

"Tiba-tiba ada mak cik tegur jangan makan dalam rumah selagi jenazah masih ada," ceritanya mengimbau situasi yang berlaku di Threads.

Sesiapa sahaja pasti sedih apabila terdapat ahli keluarga meninggal dunia. -Gambar hiasan AI

Sesiapa sahaja pasti sedih apabila terdapat ahli keluarga meninggal dunia. -Gambar hiasan AI

Teguran tersebut membuatkan dia terpinga-pinga, lebih-lebih lagi apabila beberapa individu lain turut menyokong kata-kata wanita berkenaan.

"Aku macam, ‘hah?’ Sudahlah orang lain pun menyokong mak cik yang tegur aku tu. Rasa macam aku seorang saja tak tahu perkara ni," luahnya.

Buntu dengan perkara itu, dia kemudian meminta penjelasan orang ramai mengenai larangan yang baru didengarinya itu.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan sama ada teguran tersebut mempunyai sandaran agama atau sekadar pesanan turun-temurun.

"Sahih ke tak boleh makan masa jenazah ada dekat rumah? Ini kitab mana pula dah," soalnya.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman ditegur ketika menjamah kuih selepas seharian tidak makan kerana menguruskan kematian bapa mentuanya.
  • Seorang mak cik mendakwa dia tidak boleh makan di dalam rumah selagi jenazah masih berada di situ.
  • Sokongan individu lain terhadap teguran itu membuatkannya terpinga-pinga dan mempersoalkan sandaran larangan tersebut.
  • Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang turut menceritakan pengalaman berdepan teguran serupa.
  • Artikel memetik penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa tiada dalil melarang ahli keluarga makan di rumah ketika jenazah masih ada, malah masyarakat disunatkan membantu menyediakan makanan buat keluarga si mati.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya pernah berhadapan situasi sama.

"Masa arwah ayah saya meninggal, saya belikan nasi lemak untuk keluarga makan sebab masing-masing penat. Ada makcik datang tegur dan terus saya minta hadis.

"Orang tua begitulah, semasa jenazah ada atas rumah tak boleh makan. Apabila dah usung, mulalah masing-masing tanya mana makanan sebab kebulur.

"Ayah aku meninggal hari tu, jiran-jiran hantar kuih-muih dan air teh tarik dekat rumah," demikian reaksi netizen.

Dalam pada itu, laman sesawang Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan tentang larangan makan atau minum ketika terdapat jenazah di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah nenek masih terbujur di rumah, cucu disuruh masak lauk ayam... Kasihan tetamu datang ziarah lapar tak makan

ARTIKEL BERKAITAN: Air mayat terpercik di badan, anggota penguatkuasa berdepan kejadian aneh ketika pulang ke rumah

Dalam permasalahan tersebut, tidak terdapat dalil baik dari al-Quran mahupun hadis berkenaan larangan untuk isi rumah yang kematian ahlinya untuk makan di dalam rumah.

Maka, tiada masalah untuk ahli rumah makan di dalam rumah yang berlakunya kematian bahkan tiada masalah juga untuk bukan ahli keluarga si mati untuk makan di dalam rumah tetapi mestilah mendapatkan keizinan tuan rumah terlebih dahulu.

Adapun yang disunatkan bagi masyarakat sekeliling adalah dengan membantu keluarga si mati dalam menguruskan jenazah bagi meringankan beban keluarga si mati.

Kaum kerabat si mati dan juga jirannya juga boleh membantu dalam menyediakan makanan kepada ahli keluarga si mati pada siang dan juga malamnya.

Ini berdasarkan sebuah hadith di mana Nabi SAW mengarahkan agar dibuatkan makanan kepada keluarga Ja’far R.Anha, "Buatkan untuk keluarga Ja’far makanan yang mana sesungguhnya sesuatu (musibah kematian) telah menimpa mereka dan menyibukkan mereka." - Riwayat Abu Daud (3132)

Artikel Lain