TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) mula mengubah cara generasi moden memohon pekerjaan. Ia kini mampu menghasilkan resume dalam beberapa saat, mencadangkan kata kunci yang berkesan serta menyusun dokumen secara profesional. Namun, kemudahan ini juga hadir dengan kesan tersembunyi.Menurut tinjauan dalam kalangan pengurus pengambilan pekerja, hampir 49 peratus resume yang dijana AI ditolak secara automatik. Teknologi yang sepatutnya membantu calon mencari pekerjaan kini mencetuskan lambakan permohonan yang dianggap sebagai terlalu umum, tidak tulen dan sukar diingati.Masalahnya bukan terletak pada penggunaan AI, sebaliknya cara teknologi itu digunakan. Mengapa resume AI semakin kerap ditolak?1. Lambakan permohonan pekerjaanAI memudahkan proses penghantaran permohonan kerja.Calon boleh menghasilkan puluhan resume yang disesuaikan dengan jawatan tertentu dalam masa singkat.Namun, kepantasan ini turut membawa kesan negatif apabila perekrut berdepan lambakan permohonan yang kelihatan hampir sama.Paula Mathias-Fryer, pengarah kanan di SLO Partners, memberi amaran tindakan menyalin dan menampal kandungan daripada AI tanpa sebarang pengubahsuaian merupakan satu kesilapan besar.Perbuatan itu menimbulkan persoalan tentang keaslian resume serta kesungguhan calon untuk memberikan usaha dalam permohonan mereka.Perekrut dapat mengenal pasti penggunaan bahasa AI yang terlalu umum dengan mudah.Mereka mungkin menganggapnya sebagai tanda calon tidak benar-benar berminat atau kurang inisiatif.Calon tidak sepatutnya bergantung 100 peratus kepada AI dalam menghasilkan resume. -Gambar hiasan AI2. Perangkap kata kunci popularResume yang dihasilkan AI sering menggunakan frasa tertentu secara berlebihan.Ungkapan seperti 'profesional berorientasikan hasil', 'rekod prestasi yang terbukti' dan 'kemahiran komunikasi yang cemerlang' muncul dalam terlalu banyak dokumen.Menurut seorang pakar pengambilan pekerja, AI masih tidak mampu menggambarkan kemahiran insaniah atau ciri peribadi secara tepat sehingga benar-benar menunjukkan keserasian seseorang calon dengan misi dan budaya sesebuah syarikat.Bahasa yang digunakan mungkin kelihatan profesional dan tersusun, tetapi kekurangan perincian serta keperibadian yang boleh membuatkan seseorang calon lebih menonjol berbanding pemohon lain.Cara guna AI tanpa sebabkan resume ditolak1. Mulakan dengan diri sendiri, bukan AIKesilapan yang paling lazim ialah meminta AI menulis resume sepenuhnya bagi pihak calon.Tindakan ini menyebabkan calon menyerahkan proses pemikiran mereka kepada teknologi, sekali gus menghasilkan resume yang hampir sama dengan jutaan permohonan lain.Sebaliknya, mulakan dengan rangka atau draf yang ditulis sendiri berdasarkan pengalaman sebenar.Kemudian, gunakan AI untuk memperkemas kandungan dan mengenal pasti kata kunci yang sesuai untuk dimasukkan.Anggap AI sebagai pembantu atau pelatih, bukannya penulis utama yang menentukan bagaimana perjalanan kerjaya anda harus diceritakan.2. Tambahkan sentuhan manusiawiPakar pengambilan pekerja sependapat bahawa keaslian diri semakin penting dalam proses permohonan kerja.Ketika menyemak kandungan yang dijana AI, baca ayat tersebut dengan kuat dan tanyakan kepada diri sendiri:- Adakah ayat ini kedengaran seperti sesuatu yang benar-benar akan saya katakan?- Adakah kandungan ini menggambarkan pengalaman sebenar saya dengan tepat?- Adakah terdapat frasa yang kedengaran tidak tulen atau keterlaluan?