PERSONALITI media sosial Indonesia, Ria Ricis menjadi sasaran netizen selepas mengajak orang ramai menerima kekurangan diri sedangkan dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung.Ria atau nama sebenarnya Ria Yunita, 31, menerima pelbagai komen negatif selepas berkongsi satu hantaran di platform Threads yang mengajak pengikutnya mencintai diri sendiri. “Marilah kita mencintai kekurangan diri,” tulisnya ringkas menerusi hantaran berkenaan.Ria hanya berniat baik melalui hantaran yang dibuatnya. Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang sindiran netizen yang menganggap nasihat diberikan Ria tidak selari dengan tindakannya menjalani pembedahan plastik sebelum ini.“Suruh orang mencintai kekurangan diri, tetapi diri sendiri buat pembedahan plastik."Harap dia sedar dengan diri sendiri,” komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tuduh Ria Ricis menipu, sengaja guna alasan sinus untuk buat pembedahan plastikARTIKEL BERKAITAN: Rawatan psikologi tidak berjaya, Ria Ricis jalani ‘ruqyah’ untuk hilangkan traumaSusulan kecaman itu, Ria dilaporkan mengambil keputusan mengunci akaun Threads miliknya yang mempunyai kira-kira 2.3 juta pengikut.Sebelum ini, Ria pernah mengakui menjalani pembedahan pada bahagian hidung selepas mengalami masalah pernafasan selama lima tahun akibat tulang hidung bengkok, sinusitis, polip serta pembengkakan pada bahagian dalam hidung. ia turut mengakui mengambil kesempatan melakukan prosedur kosmetik bagi memperbaiki bentuk hidungnya.TONTON VIDEO PILIHAN!