PERKONGSIAN penyanyi asal Hong Kong, Aska Cheung tentang penyertaannya dalam sebuah acara larian mengundang kecaman segelintir pihak termasuk kata-kata gurauan yang mempersendakannya.Gara-gara menulis perkataan 'maraton' dalam hantaran tersebut, Cheung, 31, menjadi bahan ketawa ramai kerana acara yang disertai tidak memerlukan dia berlari dengan jarak standard 42 kilometer. "Ini pertama kali saya sertai maraton, saya sangat suka," tulisnya ringkas.Cheung disindir kerana tidak faham istilah maraton. Menerusi perkongsian tersebut, Cheung merupakan salah seorang selebriti undangan dalam acara larian santai yang dianjurkan oleh sebuah syarikat perbankan di Hong Kong.Penyanyi itu dikatakan hanya berlari sejauh 2km.Malah, acara tersebut juga hanya menyediakan kategori larian sejauh 21km yang dikira sebagai separuh maraton.Ramai yang mula menyindir Cheung yang menganggap penyanyi tersebut tidak mengetahui maksud sebenar istilah maraton.ARTIKEL BERKAITAN: Lee Ji Hye dedah alasan berbikini pada sidang media, tayang ketiak bukti tidak bedah payudara ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ceroboh rumah, curi seluar dalam kotor anggota Click-B"Lain kali, cabar diri sertai maraton sejauh 100 meter pula."Awak menghina mereka yang benar-benar berlari sejauh 42 kilometer."Dia mungkin mengambil masa lebih lama untuk menukar pakaian berbanding berlari," komen netizen.Penyanyi itu dilihat menukar kembali kapsyen pada Instagramnya selepas ditegur. TONTON VIDEO PILIHAN!